Dah masuk bulan kedua dalam tahun 2011 dah pun~ Tinggal lebih kurang 5 hari saja untuk selesaikan kerja-kerja tertangguh sebelum saya keluar meninggalkan pejabat untuk seketika. Tolak jumlah cuti CNY & hujung minggu hanya tinggal esok saja! Wah~
~
Awal bulan Februari ni pun dimulai dengan beberapa peristiwa yang tidak berapa positif. Di luar negara, tunjuk perasaan di Mesir telah bertukar sesuatu yang mengerikan. Rakyat mereka dan rakyat kita di sana menjadi mangsa. Jentera pentadbiran lumpuh sama sekali..... Rakyat mereka menghendaki Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan melalui cara tunjuk perasaan yang menyebabkan kerosakan harta benda. Sesuatu yang turut sukar dipulihkan dalam masa yang singkat. Manakala dipihak Presiden juga begitu angkuh sehingga sempat merombak kabinet tatkala rakyat berkehendak sebaliknya. Begitulah fitrah manusia~ tidak mengira di mana.... mungkin dalam situasi ini Syaitan yang menjadi pemenangnya.... nauzubillah!
Dalam negeri juga menyorot cerita yang agak sensasi. Bermula dengan keadaan di beberapa negeri di Semenanjung yang ditenggelami banjir. Lebih 3000 orang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan. Tak kurang juga sensasinya keadaan banjir ini yang turut di'politik'kan sesetangah pihak tertentu. Bagi saya, musibah Allah ini pasti ada asbab dan mesej yang cuba disampaikan Allah kepada kita semua. Cuma sejauh manakah kita berfikir?
Apa pun yang berlaku, sebagai orang muda (ye ke?) kita perlulah berfikir dengan wajar dan janganlah terlalu mengikut hati. Belajarlah membuka minda dan hati untuk mendengar premis kata-kata orang lain. Mungkin dalam setimbunan sampah yang diperkata seseorang itu, terdapat seketul emas yang bernilai~
~
Untuk rakan sekalian, selamat meneruskan kehidupan dan semoga hari mendatang kita akan lebih bernilai berbanding hari ini dan semalam.... Saya doakan kesejahteraan kalian dan saya juga mohon kalian doakanlah kesejahteraan saya juga ye.... amin!
~
p/s : Sudahkah anda minum shake hari ini?
No comments:
Post a Comment