7.18.2011

Halatuju Baru WV!

Terlalu lama dan dah bersawang! Itulah keluhan saya semasa membuka semula blog WV ini. Dengan kesibukan masa dan volume kerja yang semakin bertambah, blog ini semakin terpinggir. Maaf la kepada mereka yang visit blog ni.


Apa pun suka saya kini telah sedia memberikan nafas dan halatuju baru bagi blog ini. Selain dari pengalaman hidup, saya akan turut menjadikan blog ini sebagai platform perkongsian dengan pembaca dalam 3 bidang khusus yang akan menjadi teras blog ini iaitu BERITA EMAS, SIHAT BUGAR dan PENGURUSAN STRATEGIK! Besar harapan saya sumoga blog ini dapat memberikan sedikit maklumat yang boleh dikongsi bersama ke arah kehidupan yang lebih bermakna di masa hadapan.


BERITA EMAS akan memberikan anda info berkaitan peluang memiliki emas, dinar dan perak sebagai instrumen yang boleh mengukuhkan kuasa beli anda di masa hadapan. SIHAT BUGAR pula berkongsi info berkaitan amalan kesihatan dan kebugaran cara Herbalife! ~ dan PENGURUSAN STRATEGIK turut saya masukkan memandangkan ia merupakan salah satu interest saya dalam kerjaya masa kini....


So, terima kasih kepada anda yang mengikut blog saya ini. Semoga anda dapat memberikan maklum balas kepada saya dalam memperbaiki lagi mutu penyampaian blog WV!

Selamat membaca....

No comments:

Post a Comment