7.22.2008

MONDOS

22 Julai (Selasa) - Agak mondos hari ni rasanya... Cuaca pun dari pagi tadi masih mendung. Badan pun dah mula rasa seram sejuk ni. Rasanya macam nak demam plak. Malam tadi hidung aku dah mula berair dah (confirm kena selsema dah ni). Semalam sempat bawak Afif pegi Klinik Pakar Kanak-kanak An-Nur - rasa tak sedap hati jer sebab bengkak kat kepala dia tak surut-surut walaupun dah masuk hari ke-5.
"Budak ni kalu kecik asyik peningkan kepala kita, besar nanti
maknanya dia nak senangkan kita lah tu..."
Itulah pesanan/petua orang tua-tua yang aku pegang... Tapi aku takdelah plak rasa yang anak ni memeningkan kepala kita. Aku rasa merekalah penawar waktu kedukaan kita, merekalah peneman semasa kita gembira, merekalah penyegar sewaktu kita kepenatan...

Semalam aku kat Klinik tu sampai dekat pukul 6 petang gak la. Doktor tu kata bengkak-bengkak kat kepala Afif tu biasa la kesan dia jatuh atau terantuk sesuatu. Aku pun saspek dia ada terantuk kat tingkap last saturday. Tapi tengah-tengah periksa tu doktor ada terasa something weird plak kat kepala dia. Terus jer Dr. tuh suruh x-ray kepala Afif. Lepas dapat film x-ray tu dia kata perlu kepada analisis doktor lain yang lebih pakar dari dia. Dia kata dari x-ray tu ada area yang loosen (aku still tak paham maknanya walaupun selepas aku mintak dr. tuh explain kat aku...) So dia kata apa-apa pun keputusannya dia akan call aku hari nih. Tuh yang rasa tak senang dok ajer hari nih agaknyer.

Dalam seminggu ni Afif asyik nak tengok citer ni jer siang malam....

Aku pun sampai dah hapal dah lagu tema citer nih ngan kenal sekali setiap watak dalam citer nih.

Apa pun aku doakan tak ada apa yang serius berlaku kepada Afif.... amin!

No comments:

Post a Comment