7.28.2008

TAK DE HARGA WOO!!!

27 Julai (Ahad) - Betul ler kata kawan aku Azrul dan telahan sorang lagi kawan aku yang dah lama aku tak contact, Shaqul yang keadaan ekonomi dalam negara semakin tertekan. Balik dari kampung aku pun ambil la kesempatan berjalan-jalan kat area Sri Kembangan. Then aku pun singgah le kat satu kedai kereta ni and tanya tokey tu...
Aku : Tokey ada buat trade in iswara A/B ka? (saja je tanya macam orang tak tau...)
Dia : Ada. Lu mau tolak lu punya keleta ke?
Aku : A'ah... ini jenis berapa tokey berani angkat?

Dia : Tahun brapa ini keleta?
Aku : 2003, tapi accident free tau.
Dia : Mmm.... ini keleta manyak mulah tau sekalang. Saya belani angkat paling tinggi 10k saje. Tapi kena check dulu dalam maa...
Aku : Haiyoo... manyak rendah la laupan. Up sket la!
Dia : Ini sudah tinggi mei... You cuba la survey lain kedai takda berani letak ini harga tau.
Aku : Ye la laupan.... Takpe, nanti saya datang balik...
Aku pun belah jer la. Wah! RM10k je tinggal. Seingat aku baki kereta aku ni ada dalam lebih kurang RM14 k kot? Terbayanglah aku berapa ramailah agaknya orang yang mempunyai kenderaan yang jumlah hutangnya masih lebih tinggi daripada harga yang dapat dijual. Dahlah nak jual tak laku, mungkin ada orang di luar sana yang juga tak mampu nak tampung kos maintenance enjin keta... lastly, keta tersadai... bank perlu terus di bayar. Aku pun tak tau teori ekonomi apa yang sesuai dipadankan dengan keadaan ini. Cuma aku rasa kegawatan ekonomi sedang melanda negara ini.
Jadi, pesanan aku, berbelanjalah mengikut kemampuan, buatlah penjimatan sebanyak mungkin, kumpullah tunai anda sebanyak yang dapat, berbelanjalah dengan berhemah dan yang penting rancang perbelanjaan anda!

No comments:

Post a Comment