2.06.2009

DERHAKA !

Lama sungguh aku tidak mendengar bidalan "menderhaka" baik dalam pembacaan mahupun percakapan. Jelas menunjukkan lama sungguh aku tak membaca buku-buku berkaitan sejarah negara. Mungkin terlalu leka dengan membaca bahan-bahan yang rata-rata menyentuh isu semasa mahupun berkaitan tugasan harian. Namun aku rasakan memang perlu difikirkan sejenak "penderhakaan" ini. Bagi orang melayu menderhaka dianggap sebagai suatu yang keji. Tapi bukanlah aku nak bercerita panjang tentang penderhkaan ini. Cukuplah kita fikirkan....

(sumber : dari internet)

Derhaka Tuah kepada Sultannya .... derhaka Jebat kepada saudaranya ... derhaka Ninacatu tergadai negaranya... derhaka anak kepada ibunya (teringat cerita yang famous kat internet satu ketika dulu - lihatlah gambar yang aku jumpa kat internet nih untuk refresh memory) ... derhaka Tanggang buangkan bondanya ... derhaka kepada Sultan untuk terus berkuasa ... derhaka kepada Allah untuk kenikmatan dunia ... Derhaka isteri kepada suaminya ...
Ntahlah... banyak lagi yang boleh dicerita. Tapi aku tetap berpegang kepada firman-Nya yang bermaksud taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan kepada orang yang memimpin kamu selagi mana mereka mentaati Allah...

2 comments:

  1. Gambar apo tu lan?

    Mcm tikus nak masuk cawan yo?

    ReplyDelete
  2. Gambon tu sebonaeh gambor budak pompuan yang dipercayai dilaknat ibunya sebab menderhaka - hinggakan waktu ibunya solat dia tendang2kan jer. Crite ni glamer gak kat internet 3 - 4 tahun lepas.

    By the way, ko kat ner Bahau skrg nih? Sonyap jo....

    ReplyDelete