3.30.2009

Admin Politically Involved?!

30th March (Monday) - I just read an article from Sinar Harian today...




KUALA LUMPUR - Cadangan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak.Ada yang berkata langkah itu wajar dilakukan dan ada pula yang tidak bersetuju kerana bimbang ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta kemungkinan terpengaruh dengan parti pembangkang. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, NUTP menyambut baik cadangan Menteri Pelajaran bagi membuka peluang berpolitik kepada guru."Ini merupakan perkembangan positif yang diberikan kepada guru, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung.“Kalau boleh biarlah guru sahaja yang terlibat, bukan pegawai kerana kelak tidak mahu ada masalah di kalangan pegawai,” katanya ketika dihubungi.Bagaimanapun, Hashim tidak menolak ada risiko bakal timbul, jadi beliau mencadangkan satu garis panduan jelas dan nyata mengenainya dikeluarkan. Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang turut bersetuju dengan cadangan Hishammuddin itu dan berharap ia dilaksanakan.“Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak UMNO Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat. “Jadi cadangan Hishammuddin untuk membenarkan guru kumpulan A berpolitik amatlah baik. Cuma perlu dibuat pindaan tentang perkara ini kerana sekarang terdapat larangan guru menyertai politik,” katanya kepada Bernama.Cadangan Hishammuddin itu bagaimanapun ditolak Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Abdul Karim Abdullah yang menganggap rancangan Menteri Pelajaran itu bakal menimbulkan masalah kelak. “Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu.

Well... I don't really believe by restraining the government officers (whether teachers or admin officers) will be able to refrain them from projecting their political ideas and opinions in heir daily working life. Maybe not so obvious but the gist will be still there... Just hope that any decision to be made by the 'leader' will be the most beneficial to the most of the people since it is just impossible to satisfy all people in a particular issue....

No comments:

Post a Comment