3.14.2009

PENGHUJUNG BENUA ASIA

Alhamdulillah... akhirnya pada 8 Mac 2009 (Ahad) dapat gak aku menjejakkan kaki ke Tanjung Piai - Penghujung Selatan Tanah Besar Benua Asia. Walaupun tempat ni sebenarnya cuma lebih kurang 40 minit dari umah parent aku, tapi bak kata terpatah (sebab aku rasa ni bukan pepatah...) "biasa memang orang paling dekat sampai paling lambat"... hehehehe. From my personal point of view, kawasan ni masih banyak daya tarikan yang boleh dibangunkan sebab setakat ni cuma ada jeti, kawasan pandang tinggi dan mercu tanda di manakah penghujung benua asia tersebut. Kalau nak masuk ada bayaran dikenakan. RM5 seorang (dewasa/warganegara) dan kanak-kanak atas 6 tahun RM3 seorang kalu tak silap aku ler. Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Parking kena bayar lain plak sebab aku rasa tuan tanah tu nak buat duit sket kot... kena RM3 gak ler untuk kereta. Dari pintu depan tu kalu nak ke tapak penghujung benua asia tu kena lalui track kayu dalam hutan paya bakau la. A very nice sight seeing... Cuma jaga-jaga sket ngan Cik Mon*** kat sana. Ye lah kan... dah tempat diorang yang kita masuk tu sapa suruh. Kalu ada makanan elok simpan dulu... kalu ada budak kecik2 jaga rapat-rapat takut kena sambo... So, moh le ke Pontian!

Ini mercu tanda kat pintu masuk

serba sedikit penerangan kawasan nih... boleh baca tak?

Kawasan Jeti.... ekceli tak ada amende sangat pun kat Jeti nih. Ramai orang ber"tenet" jeh

Pemandangan Selat Melaka dari Jeti... sayangnya air tengah surut plak

Tanda arah tu tunjukkan arah negara-negara lain dan jaraknya dari sini

Ni la tanda tapak yang dianggap penghujung benua asia tuh

Bergambar konang-konangan sket

Papan Tanda tu cakap tahniah kat aku sebab sampai sini... kalu korang nak "Tahniah" tu gak jemputlah datang ke Pontian, Johor!

3 comments:

  1. ahhaaa....i'm coming~~~
    yay...da datang....
    bleyla selalu mencomment n menview blog ko nih!!!..heeee =)`

    ReplyDelete
  2. ahhaaa....i'm coming~~~
    yay...da datang....
    bleyla selalu mencomment n menview blog ko nih!!!..heeee =)`

    ReplyDelete