9.16.2009

'Eidul Mubarak....

Daripada pemerhatian melunsuri laman blog dan facebook, didapati ramai rakan-rakan saya telah pun berada dalam mood raya yang tertinggi. Ucapan Selamat Hari Raya datang dan pergi dalam pelbagai bentuk. Bait-bait kata dihulur memohon maaf baik yang zahir mahu yang batin. Cerita tentang kuih raya, baju raya, duit raya dan jalan raya telah sekerap memakan nasi di waktu berbuka. Begitulah keghairahan menjelang hari raya Aidilfitri yang akan datang hujung minggu ini. Ramai juga yang telah pun mula bercuti, mengambil langkah awal untuk pulang bertemu keluarga tercinta di perkampungan. Tak kurang juga nada sendu mereka yang terpaksa bertugas di hari lebaran. Pelbagai rasa dan perasaan terhambur di dada-dada blog dan laman sosial.
Justeru, mengambil kesempatan ini, saya sekeluarga juga ingin memohon keampunan dan kemaafan atas segala kesilapan kata mahupun keterlanjuran bicara. Terkadang kala diri ini begitu alpa sehingga tak sedar perasaan di sebelah sana. Buat yang akan berjalan mahupun berkereta pulang ke kampung, pandulah dengan cermat dan berbudi bahasa. Rancang perjalanan anda dan pastikan fizikal anda dalam keadaan ter'jempol'.
Apa pun, yang paling penting jangan lupa membayar zakat fitrah bagi diri dan tanggungan sebelum waktu berakhir. Dalam keasyikan kita bersiap untuk hari raya, golongan yang memerlukan jangan dilupa....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430 H....

3 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA KEKANDA..MAAF ZAHIR BATIN..

    ReplyDelete
  2. Boy...nak gambar asyfa lagi..takkan satu jek

    ReplyDelete
  3. Diba, ada banyak la tu... cuma tu dalam bentuk slide. Kalu tak caya tenung gamba tu lama-lama...

    ReplyDelete