10.17.2010

A Pinch of Salt for a Bowl of Soup

Again?.... it's more than 3 months since the last post. Aktiviti menulis blog menjadi lebih mencabar berbanding aktiviti dalam talian yang lain. Itulah kepantasan dunia yang menyebabkan suatu perkara yang dulu biasa kita lakukan kini menjadi sesuatu yang dirasakan terlalu sukar untuk dilaksanakan.
Within this 3 months, banyak perkara yang dipelajari.
1. Kewangan
Semua kini memerlukan wang untuk bergerak. Dalam kehidupan harian, pengurusan kewangan amatlah penting. Baik untuk kelestarian keluarga mahupun untuk kemantapan organisasi di tempat kerja. Wang yang ada di tangan perlu dibelanjakan dengan berhemah dan betul-betul mengikut bajet yang disedia. Bagi tahun ini, Kerajaan pula telah mulakan inisiatif ke arah pelaksanaan OBB (Outcome Bases Budgeting) yang mungkin akan dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 2013. Pembentangan Bajet 2011 pula baru saja selesai dibentangkan di Parlimen pada 14 Oktober 2010 (Jumaat) lepas. Kira-kira RM211,987 juta diperuntukan untuk perbelanjaan Kerajaan pada tahun 2011. Pelbagai respons diterima - ada banyak berita gembira juga; dan bagi sesetengah pihak melabelkannya sebagai bajet Pilihanraya Umum (PRU). Terpulanglah... Pada pandangan peribadi saya, apa yang jelas dilihat, dari aspek pengurusan strategik, Kerajaan kini giat mengejar bajet surplurs - yang sememangnya amat diperlukan bagi memastikan ekonomi kerajaan semakin mantap. Dari aspek pemberian wang ehsan kepada lebih 1.2 juta kakitangan Kerajaan sebanyak RM500 pula, ia dilihat sebagai satu keputusan yang terpaksa dilakukan Kerajaan malah ia adalah keputusan sukar untuk dilakukan sebenarnya terlebih lagi pada masa ini. Ini mungkin kerana pemberian bonus satu ketika dahulu pernah diberikan pada zaman mantan Timbalan Perdana Menteri. Jika ia ditarik atau sekurangnya tidak diberikan dalam sebarang bentuk lain seakan-akan bonus, pasti ia akan menjadi satu polemik politik yang besar yang mungkin pada pandangan Kerajaan mampu melumpuhkan jentera kerja kakitangan awam khususnya dari aspek moral.
2. Sikap
Mengurus sikap manusia bukanlah satu yang mudah, malah dianggap hampir kepada mustahil. Dari beberapa artikel pembacaan saya, rata-rata management guru menasihatkan supaya memastikan setiap perubahan yang ingin dilakukan dalam sesebuah organisasi tersebut benar-benar difahami dan diwujudkan elemen relevence antara inisiatif perubahan tersebut dengan pekerja itu sendiri. Kepentingan menjaga tahap motivasi tinggi di kalangan kakitangan juga amat penting seperti dinyatakan pengasas McDonald bahawa jika majikan menjaga kebajikan pekerjanya, maka pekerja pula akan menjaga kebajikan syarikat tersebut. Apakah maknanya ini? Ia bermakna, pekerja yang dapat bekerja dalam suasana kerja yang harmoni mampu menjana lebih banyak keuntungan kepada majikan tersebut. Dari aspek pengurusan strategik, jika contention ini benar, ia adalah satu teori yang penting untuk dilaksanakan oleh semua pengurus/majikan. Pada pengamatan peribadi saya, di Malaysia ini dapat saya lihat makna relevence itu bukan bermakna 'dimanjakan' semata-mata. Ini bermakna, apa saja kaedah majikan yang mampu mewujudkan relevence di kalangan anggota kerjanya adalah dilihat dari aspek pengurusan strategik sebagai tindakan yang tepat tanpa mengira jenis tindakan tersebut. Bahkan dalam pengurusan pejabat-pejabat Kerajaan kini, sebagai contohnya, banyak Ketua Jabatan yang dilihat menjadikan kaedah mengeluarkan "Surat Tunjuk Sebab" sebagai cara mereka mewujudkan relevence dalam organisasi mereka, walaupun pada dasarnya penggunaan STS ini adalah salah dari aspek kaedahnya. Kesannya, walaupun dalam keadaan marah dan tidak berpuas hati terhadap majikan, kebanyakan objektif dan misi Jabatan dapat dicapai. Namun, adakah sebenarnya keadaan ini sememangnya telah dijangka oleh semua management guru atau adakah ia unintended consequences yang harus ditanggung semua Majikan? Atau mungkinkah di zaman moden ini, kaedah berlembut sememangnya telah tidak berkesan kepada pekerja dalam usaha mencapai objektif Jabatan?
3. Mengurus Aduan
Dalam mana-mana teori pengurusan strategik, elemen maklum balas adalah merupakan satu yang wajib dalam memastikan segala strategi yang diambil dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan akan dapat dicapai dan dapat dicapai melalui kaedah yang terbaik. Antara medium sesebuah organisasi boleh menerima maklum balas adalah daripada aduan yang diterimanya. Janelle Barlow menyatakan bahawa sudah sampai masa kini aduan itu diterima sebagai satu hadiah dan bukanlah sebagai satu beban. Malah maklum balas melalui saluran aduan ini juga dilihat menjadi signifikan yang diberikan perhatian oleh Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara kini. Pada pandangan peribadi saya, sememangnya bukan mudah untuk menukar sesuatu yang diberikan konotasi negatif kepada sesuatu yang harus dipandang positif tambahan pula, elemen psikologi turut memainkan peranan penting dalam pengurusan aduan. Usaha menjadikan aduan sebagai satu maklumat berguna dalam menambahbaik mutu perkhidmatan awam ini bukanlah satu yang mudah sebenarnya. Ia memerlukan perubahan minda bukan sahaja dari pengurus aduan tetapi juga dari para pengadu itu sendiri. Pengadu juga perlulah sedar bahawa untuk memberikan 'hadiah' yang terbaik, segala ramuannya perlulah elok. Ia mestilah dibuat atas dasar penambahbaikan dan bukannya atas dasar permusuhan mahupun hasad dengki. Permudahkan pengurus aduan untuk mereka mudah membantu anda!
Until next time la... hope to get feedback from all friends~

No comments:

Post a Comment