Baru-baru ini saya bersama-sama dengan rakan-rakan Herbalife semasa menghadiri Akademi di Sri Malaysia Kuantan. Saya amat teruja melihat beberapa orang adik-adik yang baru berumur akhir 20-an sudah pun berjaya menjana sumber kewangan sendiri~ hingga ada yang mencecah RM20 ribu sebulan walaupun belum habis belajar lagi! Memang luar biasa. Ramai orang mengeluh kerana kurang sumber pendapatan... tapi ramaikah yang sanggup bekerja keras untuk dapatkan pendapatan yang lebih?
Semalam saya baru saja bersama-sama beberapa orang pesara dalam "Majlis Jasamu Dikenang" anjuran Kerajaan Negeri Pahang. Rata-rata para pesara ni menzahirkan kegusaran yang sama hatta mereka yang bergaji kepala angka 6 sebelum persaraan - kegusaran menjadi lemah kerana semakin berumur, dan kegusaran kerana sumber pendapatan menjadi terhad selepas persaraan. Terdetik sejenak - adakah saya mahu mengulangi senario ini? adakah saya bersedia dari segi kewangan jika saya bersara kira-kira 20 tahun akan datang? adakah saya masih mampu bekerja kuat seperti sekarang untuk menjana kewangan berlipat ganda? saya rasa pasti tidak jika saya tidak merubah diri dari sekarang.
Sememangnya bukan satu perkara yang mudah untuk berubah, walaupun perubahan itu untuk kebaikan diri sendiri. Tapi, apa yang penting adalah kita perlu kuatkan semangat dan fokus dengan apa yang kita lakukan. Hadapai segala cabaran sebagai faktor pendorong untuk kita bekerja lebih keras lagi....
Kepada rakan-rakan di luar sana... adakah anda telah bersedia? Semoga kita mampu mengubah kehidupan kita ke arah yang jauh lebih baik dari hari ini dan jangan sampai sudah terlambat baru kita mengesalinya~ Untuk semuanya berubah, kita sendiri perlu berubah. Kita tidak boleh merubah orang lain, oleh itu lebih baik kita merubah diri kita terlebih dahulu~
No comments:
Post a Comment