Dah masuk tahun 2011 rupanya~ ini merupakan post yang pertama. Apa maknanya? Adakah terlalu sibuk atau blogging kini hanya di pinggiran? Huhuhu... susah nak dinyatakan kan?
Hari ini berkesempatan melawat blog-blog yang dah ditinggalkan bersawang. So kenelah buat keje-keje pembersihan sket... thus, aku bermula dengan post entry baru. Wish this won't be the last for this year.
Tahun 2011 ni banyak aktiviti baru yang akan dilaksanakan. Antaranya:
(a) aku cadang nak bukak kelab Nutrisi kat rumah;
(insya Allah bulan April 2011 ni mula... orang Kuantan jemput singgah ye!)
(b) pergi ke India atas urusan rasmi;
(pengalaman pertama ke luar negara... sensorang je plak... sob! sob!)
(c) sambung belajar yea!
(insya Allah bulan September. Buat locally je... love Malaysia!)
So, amat berharap everything akan berjalan dengan baik dan seperti yang dirancang. For sure banyak onak, ranjau, duri dan durian akan berada sepanjang perjalanan nak merealisasikan impian. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan semangat membara kepada aku dalam meneruskan perjuangan kehidupan ini.
Kepada rakan-rakan dan pembaca, aku ucapkan Selamat Tahun 2011 dan semoga semua impian kalian akan tercapai.... amin~
No comments:
Post a Comment