6.05.2008

Jem Giler ... part 2

4 Jun - Dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri lebih kurang jam 5 lebih sedikit sebanyak menambahkan kegusaran rakyat. Namun, mengambil jalan untuk tidak memilih populariti, Kerajaan terpaksa menaiki harga minyak ini untuk menampung subsidi yang perlu ditanggung Kerajaan mencecah RM54bilion. Jika mengikut trend kenaikan harga minyak sebanyak beberapa kali dalam 3 tahun ini, kita mungkin menjangka kenaikan harga barangan yang juga perlu ditanggung oleh Kerajaan dan rakyat sebenarnya. Namun, diharapkan agar jangkaan pakar ekonomi dari UK (aku tak ingat nama dia) yang menyatakan tindakan ini hanya menyebabkan inflasi sekali sahaja dan tidak akan menyebabkan inflasi secara berterusan akan menjadi kenyataan. Pun begitu, kenyataan beliau itu disandarkan kepada premis jika subsidi dihapuskan sama sekali. Jadi, kita tidak tahu bagaimanakah trend inflasi dengan mengurangkan sedikit subsidi sahaja.

Selain daripada trend kenaikan harga barangan dan kos pengangkutan, satu lagi trend yang semakin mudah dilihat semasa kenaikan harga minyak adalah trend mengisi minyak sehari sebelum tarikh kuatkuasa naik harga minyak. Saja je semalam lepas kerja aku ronda2 dari kawasan cyberjaya, masuk taman sri serdang, kuar ke sri kembangan, masuk sungai besi... terus masuk putrajaya.... nengok semua petrol stesen yang ada. Pergh.... memang tak de satu pun tokey stesen tu yang tak untung mulai jam 6.00 petang. Rata-rata aku tengok setiap stesen dibarisi oleh kenderaan sepanjang tak kurang 300 ke 500 meter. Ada yang lebih lagi.... Keadaan ini berterusan sampai jam lebih 12 tengah malam bila ada kawan aku sorang kat Puchong bgtau yang waktu kul 11 lebih pun dia masih dalam 500 meter beratur nak beli petrol. Masing-masing

(Beginilah keadaan salah sebuah stesen minyak kat dalam putrajaya. Aku pun join sama nak amik feel!)

nak ambil kesempatan membeli minyak dengan harga bersubsidi tinggi. Apa pun, pada pandangan peribadi aku sendiri, pengurangan subsidi minyak ini ada pro dan kontra nyer. Sebagai seorang manusia, kita perlu teruskan kehidupan, rancang dengan apa yang ada di tangan sendiri (jangan kira yang ada di tangan orang lain...), hidup mengikut kemampuan dan redha dengan ketentuannya. Kerana kita tidak boleh lari dari fakta bahawa harga sebenar minyak petrol adalah RM4.00 seliter.

3 comments:

  1. Well Lan, today i'd never heard anything good about the petrol price hike..except in the tv..people are complaining, grumbling in e-forums..hurm, and the interesting point is when they (complainers) compare the prices of oil producer countries with Malaysia new price. If i'm not mistaken, Malaysia is selling higher than Indonesia. Our press are comparing with Thailand and Singapore but they are not oil producers countries. Hurm, some other valid point is Singaporeans are paid better than us, but I'm not that sure with Thais. And the mainstream press always convert other countries currency to RM, which of course will be seen higher...our ex-PM blog also have an interesting fact...

    ReplyDelete
  2. Lan,

    Sebagai rakyat Malaysia, adalah dimaklumi bahawa senario minyak dunia yang kian meruncing. Kenaikkan harga minyak yang tidak dapat dielakkan. Tiada bantahan yang mutlak akan kenaikkan harga minyak ini kerana kalau kita berada di tempat mereka pun kemungkinan besar kita akan melakukan perkara yang sama. Tetapi apa yang menyebabkan terkilannya rakyat adalah kenaikkan harga yang begitu mendadak atau drastik yang begitu tinggi. Ini menyebabkan golongan pertengahan ke bawah menerima 'impak yang maksima' terpaksa menyusun semula perbelanjaan dalam tempoh sekelip mata. Jika kenaikkan tersebut secara berperingkat dan memberi ruang kepada rakyat menyesuaikan diri mungkin kenaikkan harga minyak tidak begitu dirasai. Aku tertarik dengan tag 'tukar gaya hidup' tetapi yang sepatutnya berlaku pertukaran gaya hidup kepada yang lebih baik dan bukan sebaliknya. Fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  3. aku rasa gomen silap la. depa ni tak belajo gsps ni lan. sungguh la tak logik action yg depa buat nih. susah nak repair nih nanti.

    logik la kan, kalo kita nak exam, mesti la kena baca buku dulu, prepare. tapi ni tak, tetiba je announce esok exam. aku rasa kalo depa announce kata nak naikkan income tax pon orang tak kisah sgt la. sbb benda tu takyah bayar hari2.

    ReplyDelete