10.20.2008

CONGRATULATION JAR!

4th Okt (Sabtu) - Alhamdulillah akhirnya dapat gak aku ucapkan tahniah melalui blog aku nih kepada sahabat (dah kira cam sedara dah nih...) aku Jar atas pertunangan beliau. Walaupun majlis nih diadakan pada raya ke-4, kitaorang turun gak untuk memberikan sokongan kepada kengkawan yang sorang nih. Dulu masa aku dan sahabat2 lain bertunang memang Jar ni tak pernah "miss"... tu yang segan teramat tu kalau tak dapat join majlis dia. So hari tu Apeez, Atok dan Bad (bersama keluarga semuanya) ramai-ramailah kami berkumpul ala-ala rombongan belah "laki" ler... Memandangkan majlis ni buat kat Melaka, Apeez pun mengetuailah rombongan Jar meminang nih.... maka berbicaralah Tok Sidang bersama Apeez (cerah masa depan jadi Tok Sidang gak tuh!) memutus janji....

(Afif ngan Aina kat umah bersanggah tengah tunggu Jar bersiap. Bila nak siap ni Uncle Jar oiii!!!!)

(sebahagian rombongan Jar membawa hadiah hantaran)



(Apeez dengan "riak"nyer berhujah dengan Tok Sidang mengenai dasar sosial negara dalam RMK-10... hehehehe)

Lepas bacaan doa selamat kami pun sorulah makanan yang telah disediakan tuan rumah. Masakan Melaka lah gamaknya... Selepas dah kenyang kitaorang pun mengucapkan selamat dan tahniah la kat Jar dan pasangannya (sapa la nama tunang Jar ni... tak ingat la plak!.... kengkawan tolong bagitau aku ek). Jar pun maklumkan yang dia akan direct balik ke Sabah pas ni... So, selepas selesai bergambar kami pun bergeraklah beraya umah kawan lama yang dah tak dengar berita iaitu Encik Rafis.... kat Bukit Katil. Sayangnya sebab dah penat kot tak sorang pun teringat nak amik gambar kenangan nih.... Apa pun sekali lagi congratulation Jar, and welcome back to the club for bro Rafis... keep in touch ya!


(delegasi mengambil gambar sebelum pulang ke destinasi masing-masing)

(kena letak budak2 nih dekat2 ngan Jar so tak de la dia nak "melekat" jer ngan tunang dia tuh!)

No comments:

Post a Comment