8.03.2009

Something To Ponder 2

Kalau dirasa dari nature "Buah Pala" dan "Gula" memang manis. Tapi bagi penduduk Malaysia kedua-dua perkara tersebut menjadi pahit untuk minggu ni dan tak tahu akan bila kesudahannya. Mungkinkah minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Entah... bergantunglah kepada kebijaksanaan semua pihak termasuklah yang berkata.... bak kata orang, satu jari menunjuk ke arah orang lain, 4 jari menuding ke diri sendiri.... bak kata orang gak, cermin diri sebelum berkata, tepuk dada tanya selera.

Buah Pala - kini terasa kelat bagi penduduk-penduduknya di Pulau Pinang. Mungkin laporan di dada akhbar dan media massa dapat kita lihat dari pelbagai aspek berbeza; politik, sosio-budaya, perundangan dan penguatkuasaan. Esok (4 Ogos 2009) Kampung Buah Pala akan dirobohkan. Soal ini perlu ditangani seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Kalau diikutkan penduduk, matilah kedaulatan undang-undang tapi kalu diikutkan undang-undang matilah penduduk. So, kalau diikutkan sesuailah kes ini ditangani di peringkat tertinggi negeri (atau persekutuan may be?).
p/s: Buah Pala ni kalau dah makan banyak sangat boleh kelat mulut.... ada faham ka?

Gula - permintaan dah dekat hari raya ni semakin tinggi. Tapi, setelah sekian lama menghilang, kes ini kembali semula. Silap-silap raya ni semua kuih dan air sirap rasa tawar je. Ini bukan kali pertama masalah ini berlaku. Mungkin ada masalah sistemik yang perlu dilihat oleh KPDNKK berbanding pendekatan simptomik yang diambil. Adakah tindakan kita mengimport gula dahulu wajar dilakukan sekali lagi? Adakah senarionya sama.... Tapi apa yang penting, aku teringat (tapi tak ingat baca kat mana) pesan seorang Rasul; iaitu "Untuk memastikan rakyat dan negara aman makmur, simpanan makanan negara perlu bersedian dan mencukupi untuk menghadapi kemarau selama 7 tahun". So, cukupkah kita?
p/s: Kurangkan gula dalam makanan, lebihkan gula dalam senyuman... boleh kena kencing manis gak ker?

No comments:

Post a Comment