8.01.2009

Something To Ponder

2 perkara menarik dilihat pada hari ini.... untuk kita memikirkannya....

1. Jualan AS1M mulai 4 Ogos 2009 - 9 September 2009

Menarik gak untuk diperhati dari aspek sensitiviti kaum. This is the first time I think the quota specified for certain kaum will be open for selling to others if the quota stipulated is not fully bought. In my personal humble opinion, this scenario may tell us how far sesuatu kaum itu telah bersedia untuk menempuh era globalisasi. Bagi semua warga Malaysia : adakah pihak yang akan "terhantuk baru nak terngadah?", kepada sebahagian Rakyat Malaysia : adakah pihak yang akan "menangguk di air yang keruh?" dan kepada 50,000 penerima hadiah AS1M dari Kerajaan ini : adakah pihak yang akan "menjadi seperti kera mendapat bunga?". Apa yang pasti YAB Perdana Menteri sedikit demi sedikit telah memenuhi janji untuk menjadi Perdana Menteri kepada semua kaum dan bukannya PM kepada satu kaum sahaja.... So, let us wait and see.

p/s: Tengah korek-korek lubang mana nak cari nak beli AS1M nih?


2. Budaya Demonstrasi Menular

Kecoh apabila bandaraya Kuala Lumpur lumpuh akibat kaki demo atau aku rasa lebih sesuai digelar samseng jalanan (apa beza diorang nih dengan peragut dan road bully?) berdemonstrasi walaupun telah dilarang oleh pihak berkuasa. Kesian gak bila dengar ramai peniaga dan penjaja yang menjadi mangsa apabila abang-abang FRU mula membuka pencak silat mereka. Mmm... aku pun tak paham. Lebih menyedihkan apabila ada nama-nama yang tersohor dalam negara, yang mempunyai ruang dan peluang terbuka luas untuk membuka mulut di Parlimen, turut bersama-sama menjadi samseng. Tak cukupkah ruang nak berhujah di Parlimen tu atau tak "puas"kah berhujah di Parlimen kerana tak boleh nak berdemo dalam dewan? Adakah kita cemburu dengan kaki demo Thailand dan Indonesia sehingga menyebabkan tidak boleh tidak kita mesti berdemo? Apa pula kesannya? Adakah ia boleh membantu rakyat meningkatkan tahap ekonomi? Entahlah yob.... tak gheti kawan nak kabo....

p/s: Teringat masa kat Universiti dulu selalu Demo Silat... yang tu tak pe....


No comments:

Post a Comment