11.22.2009

Blogging vs Facebooking

Rasanya dah terlalu lama tak meng'update' blog nih. Terasa yang dunia IT nih semakin canggih dan semakin pantas. Dengan kewujudan Facebook dan Twitter, rasanya terlalu malas tangan ni nak menulis di laman blog. Sedangkan blog juga merupakan satu wadah dalam dunia teknologi ini. Y.A.B. PM juga dah menerobos ke dalam dunia FB nih selain blog beliau 1Malaysia. Kewujudan laman sosial seperti FB menjadikan penyampaian maklumat menjadi lebih pantas dan singkat. Tak perlu fikir panjang-panjang, tak perlu fikir dalam-dalam: cuma luahkan apa yang terbungkam di dada. Sedangkan menulis blog sedikit sebanyak memerlukan penentuan tema, flow penulisan dan masa. Seolah-oleh ingin mengarang sebuah buku tetapi dalam skala yang jauh lebih kecil. Bagi diri ini aku masih lagi meminati menulis dalam blog kerana ia membuatkan aku perlu terus membaca, menganalisis, merangka dan kemudiannya menulis. Cuma dari aspek tema aku masih belum bersedia untuk menentukan hala tuju blog ini ke arah satu perspektif sahaja. Buat masa ini biarlah ia lebih kepada rakan terapi yang membantu aku meluahkan rasa seronok, pengalaman, kemarahan ataupun kekesalan. Maaf buat kalian yang telah beberapa kali menyusuri blog aku ini tapi tiada apa yang baru dipersembahkan.

1 comment:

  1. Buat je tema macam taman tema sunway lagoon hahaha..

    Bila nak jumpa ko ni..

    ReplyDelete