12.29.2009

Alfatihah...


Nenda tersayang telah meninggalkan urusan duniawinya pada 21 Disember 2009 (Selasa) menuju seruan Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salihin dan syuhada'. Rupa-rupanya peluang menziarahi dan bertemu beliau semasa Hari Raya Aidilfitri tahun ini merupakan perayaan terakhir bertemu Allahyarham. Ini mungkin antara gambar kenangan terakhir yang dapat diabadikan. Sedikit sebanyak tidaklah begitu terkilan tidak bersama Allahyarham di saat-saat akhir hayat beliau.
Marilah bersama-sama kita hadiahkan bacaan ummul kitab buat roh Allahyarham Ambok Lilang Bin Daeng Paweroh yang telah kembali ke rahmatullah. Kini kedua-dua nenda di sebelah bapa telah pergi buat selamanya.
ALFATIHAH

3 comments:

  1. Al fatihah..sedih pula...rindu atok..boy gambar ni kat mana?

    ReplyDelete
  2. Diba, gambar ni diambil kat rumah Cik Aziz masa raya puasa tahun 2009.

    ReplyDelete