1.01.2010

2010

Selamat Tahun Baru 2010 diucapkan kepada semua rakan dan pengunjung blog ni. 4 hari lagi murid-murid akan memulakan persekolahan, jalan raya akan menjadi lebih sibuk dan orang ramai mula bertekad melaksanakan azam yang telah dirancang. Apa pun yang kalian azamkan dan lakukan, saya ucapkan selamat maju jaya. Dalam laman web dan FB saya dapati banyak komen berhubung sambutan tahun baru ini. Ada yang pros dan ada juga yang cons. Tapi pada saya tak ada salahnya kita menyambut kehadiran tahun baru ini dari dalam diri dan hati kita. Semoga dengan 'sambutan' yang kita lakukan akan dapat memberikan motivasi untuk menjadikan diri lebih bermanfaat dan bertambah nilai dari tahun terdahulu. Sebagai seorang muslim pula, kita lebih bernasib baik kerana boleh memuhasabah azam diri 2 kali setahun, kadang-kalanya 3 kali setahun. Bagi diri saya, banyak juga agenda yang cuba direncanakan... apa yang pasti ia perlulah seimbang antara keperluan negara, keluarga dan kendiri - duniawi mahupun ukhrawi. Semoga rakan-rakan kalian dapat bersama-sama mendoakan agar saya diberikan kekuatan untuk melaksanakan semua azam yang dibuat.
Anda pula bagaimana?

No comments:

Post a Comment