1.01.2010

Subhanallah~ Nangka berbuah seolah pisang

30 Dis 2009 - Rupanya dari jauh kelihatan seperti nangka biasa. Tetapi apabila saya dipersilakan masuk oleh Pak Ali, pemilik pokok aneh ini, saya merasa begitu takjub apabila melihat sendiri dengan mata kepala bagaimana keadaan buah nangka yang seolah-olah berkembar dengan buah pisang pada buah yang sama. Saya dimaklumkan bahawa cerita tentang buah ini telah dipapar di surat khabar tapi malangnya saya tak mengetahuinya. Apa pun saya rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri kebesaran ciptaan Allah ini.


Inilah pokok nangka tersebut


Pokok ini terletak di sebuah rumah di Felda Chini 5, Pekan, Pahang. Menurut Pak Ali, buah nangka aneh ini dikesan keganjilannya pada awal Jun tahun ini. Oleh kerana kemasyhuran ceritanya, Pak Ali menceritakan kononnya terdapat beberapa orang telah cuba untuk mencuri buah tersebut tetapi masih tidak diizinkan Allah. Ramai orang yang datang mengunjungi rumah beliau ingin melihat keganjilan buah tersebut.


dari bawah dapat dilihat lebih jelas keanehan yang dinyatakan

Setakat ini, hanya 1 buah sahaja yang bersifat aneh dan buah nangka lain di pokok tersebut masih seperti buah nangka biasa. Apa yang turut menghairankan adalah getah pada daun nangka tersebut juga tidak melekit seperti nangka biasa dan menurut Pak Ali juga, ada beberapa orang telah datang mendapatkan daun nangka tersebut sebagai tujuan berubat dengan kuasa Allah. Menurut Pak Ali lagi bahawa semua ini adalah kuasa Allah dan kita sebagai hamba-Nya perlulah menjaga amanah ini sebaiknya di samping memperbanyakan berzikir ke hadrat Allah.

Afif juga mengambil peluang bergambar di sisi buah nangka tersebut selepas diberikan keizinan oleh Pak Ali

Pak Ali ketika menceritakan kelebihan pokok nangkanya

No comments:

Post a Comment